KUALA LUMPUR: Skuad wanita negara terus mempamerkan aksi mengecewakan apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut, di Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Manila, Filipina pada Selasa.
Kali ini, skuad kendalian Jacob Joseph diaibkan 0-6 oleh skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Australia, dalam perlawanan terakhir Kumpulan A yang berlangsung di Stadium City of Imus Grandstand.
Babak pertama perlawanan menyaksikan skuad B-23 Australia terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Chelsea Dawber seawal minit ke-13, diikuti Mackenzie Hawkesby selang tujuh minit kemudian sebelum Chelsea menyumbat gol ketiga pasukan pada minit ke-24.
Bersambung separuh masa kedua perlawanan, Malayan Tigress terus dihukum dengan tiga lagi gol menerusi Mackenzie masing-masing pada minit ke-65 dan ke-67 diikuti Jamilla Rankin pada minit ke-81.
Malaysia sebelum ini, mencatatkan keputusan seri bertemu Singapura dan Indonesia sebelum mengalami kekalahan kepada Filipina dan Thailand, dalam aksi kumpulan A.
Dalam pada itu, dua pasukan teratas Kumpulan A iaitu Thailand dan Filipina, mengesahkan slot ke separuh akhir selepas masing-masing bertemu dalam perlawanan pelengkap kumpulan semalam.
Biarpun tumpas 0-1, tuan rumah Filipina menempah slot ke separuh akhir apabila menduduki tempat kedua dengan kutipan 12 mata, manakala Thailand muncul pendahulu carta kedudukan selepas mengumpul 13 mata.
Di peringkat separuh akhir, Thailand akan berdepan Myanmar, manakala Filipina dijadual bertemu Vietnam. Kedua-dua perlawanan akan berlangsung Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022
Antara aksi menarik semasa Kejohanan Wanita AFF 2022 antara Malaysia dan Australia yang berlangsung di Stadium City of Imus Grandstand, Filipina, 12 Julai 2022. - Facebook Football Association of Malaysia
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Malayan Tigress alami kekalahan ketiga di Kejohanan Wanita AFF 2022
Kali ini, skuad kendalian Jacob Joseph diaibkan 0-6 oleh skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Australia.